Malaysia Dateline

SPR tidak benarkan pengundi bawa telefon bimbit ketika memangkah, jika langgar…

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak membenarkan pengundi membawa telefon bimbit di tempat mengundi jika melanggar arahan ini akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SPR telah menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi

Pelaksanaan tatacara pengundian yang baru ini bolehlah dirujuk menerusi poster Tatacara 10 Langkah Pengundian yang menjelaskan proses pengundian sepenuhnya.

Sebagai peringatan, notis atau poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletakkan di luar dan di dalam tempat mengundi

Maklumat lanjut berkenaan tatacara ini juga telah dimuatnaik di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter SPR.

Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan berkaitan pilihan raya untuk memelihara kerahsiaan maklumat pengundian dalam pilihan raya sebagai mana termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sehubungan itu, SPR menyeru kesemua pengundi untuk mematuhi langkah-langkah pengundian yang telah ditetapkan ini ketika berada di tempat mengundi (saluran) kelak.

Baca juga: Terserempak anak muda bermotor spontan tawar diri nak ikut berkempen dengan calon PH Alor Gajah

Baca juga: Mak obses dengan cantik, sanggup suruh anak usia 9 tahun buat pembedahan plastik