Malaysia Dateline

SPR umum PRK Dun Rantau Rabu ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan pilihan raya kecil DUN Rantau, Rabu ini.

Setiausaha SPR, Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat itu akan membincangkan mengenai tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun itu juga akan membincangkan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PRK DunRantau akan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi Dun Rantau, terbatal dan tidak sah.

Pada PRU14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya S Streram daripada PKR dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.