SPRM beku 11 akaun peribadi Vivy dan suami

Oleh ROSLAN ZAMAN

SPRM hari ini bertindak membekukan akaun persendirian pengasas FashionValet Vivy Yusof dan suaminya Fadzaruddin Shah Anuar. Memetik dari laporan Awani, 11 akaun persendirian dan enam akaun yang bernilai kira-kira RM1.1 juta sudah dibekukan oleh SPRM menerusi ‘Op Favish’.

Beberapa hari lepas SPRM telah menjalankan siasatan berkaitan isu kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang bernilai RM43.9 juta.

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menggeledah kediaman pengasas FashionValet itu di rumahnya. Memetik laporan Harian Metro, penggeledahan yang melibatkan 12 pegawai SPRM serta peguam Vivy dan Fadzaruddin dilakukan selepas pasangan itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurut sumber Awani, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat dan introducer’ (pencadang).

Selain itu, beberapa syarikat seperti  FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB diserbu oleh SPRM bagi memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

baca: Terkini: Lima termasuk Kerabat Diraja Pahang diheret ke mahkamah, mengaku tak bersalah