SPRM campur urusan politik, dakwa Iskandar

SPRM campur urusan politik, dakwa Iskandar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa mencampuri urusan politik apabila mempelawa parti-parti politik yang bercadang untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Iskandar Abd Samad berkata, SPRM sepatutnya kekal bebas dan tidak perlu masuk campur urusan parti-parti politik.

“Apabila mereka terlibat di dalam politik maka keyakinan rakyat terhadap mereka akan terhakis.

“Walaupun yang menentukan calon masih parti-parti politik tetapi SPRM berupaya mempengaruhi keputusan dengan ulasan-ulasan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM bersikap terbuka dalam hal ini dan terserah kepada parti-parti politik berkenaan,” katanya.

Iskandar yang juga Naib Presiden Pas berkata, SPRM seharusnya menyerahkan urusan memilih calon kepada parti politik dan terus memberi fokus kepada usaha mencegah rasuah.

” SPRM sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mencegah rasuah dan bukan menentukan siapa calon.

“Terdapat banyak kes rasuah yang masih belum selesai. Beri tumpuan kepada kes tersebut.

“Biar parti politik membuat keputusan dan menanggung apa sahaja kesan daripada keputusan tersebut,” katanya.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS