SPRM: Lakukan penahanan kerana rasuah atau politik? soal Mat Sabu

SPRM: Lakukan penahanan kerana rasuah atau politik? soal Mat Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu menegaskan sepatutnya SPRM bertindak kepada sesiapa sahaja bukan dakwaan terpilih.

“Kedengaran sahaja mereka yang ditahan oleh suruhanjaya itu setiap hari dan kita alu-alukan peranan SPRM untuk membongkar salah laku dan rasuah seterusnya memberikan kepada peguam negara untuk didakwa di mahkamah.

“Walau bagaimanapun, menjadi persoalan besar apabila SPRM dilihat seperti mengikut arahan tertentu apabila menahan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Puyu Phee Boon Poh serta didakwa menggeledah pejabat anak-anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat rasuah.

“Apa yang menghairankan kita adalah ratusan laporan dibuat terhadap penyelewengan wang membabitkan MARA, penyelewengan Tabung Haji dalam isu pembelian tanah TRX, penyelewengan Tabung Angkatan Tentera, serta penyelewengan dalam FELDA, namun hanya pegawai-pegawai rendah ditangkap.

“Kita mengalu-alukan tindakan SPRM melawan rasuah tetapi jangan sampai dilihat memenuhi nafsu Perdana Menteri untuk membalas dendam kepada lawan politiknya,” ujarnya dalam kenyataan.

{loadposition myposition} Sebagai rekod pada 11 Ogos lalu Phee,, ditahan oleh SPRM semasa sedang memberi kenyataan di pejabat agensi itu di Pulau Pinang berhubung dakwaan menggunakan pejabat atau kedudukan untuk mendapatkan ganjaran.

Pengurusi kilang itu, 70, dan pengarahnya, 37, juga ditahan oleh SPRM pada 6.45 petang semalam apabila anak beranak itu datang ke pejabat agensi berkenaan untuk memberikan keterangan.

Penahanan Phee dibuat ketika Pakatan Harapan mengadakan siri jelajah menjelaskan skandal 1MDB kepada pengundi.

Namun pada 14 Ogos Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Phee dan dua lagi dari perintah tahahan reman selama lima hari berhubung siasatan SPRM.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed mengketepikan perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh penolong pendaftar mahkamah majistret Georgetown.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Mohd Azam Baki pula dipetik berkata suruhanjaya itu kekurangan bukti untuk meneruskan tahanan reman terhadap terhadap Phee bersama pengarah dan pengurus kilang haram.

COMMENTS

Wordpress (0)