Malaysia Dateline

SPRM lancar portal bahasa Cina

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya tersebut.

Menerusi kenyataan SPRM hari ini, portal tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

“Sehubungan itu, SPRM berharap dengan kemudahan terbaharu ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah.

“Selain itu dapat menyebarluas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” katanya.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/