SPRM mencari dua saksi bantu kes rasuah

SPRM mencari dua saksi bantu kes rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua saksi bagi membantu siasatan kes rasuah masing-masing di Sarawak dan Perak.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lelaki pertama yang dikesan itu dikenali sebagai David Sng, 50, dengan alamat terakhir di Lot 2362, Taman Chan Ung Hua, Jalan Bleteh, 96800 Kapit, Sarawak.

Difahamkan, David dikehendaki bagi membantu siasatan melibatkan kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA).

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhamad Saiful Adli Che Rahim di talian 08-4321 982 atau 013-715 1744,” kata kenyataan itu.

Lelaki kedua pula dikenali sebagai Abdul Razman Muthokhir, 33, dengan dua alamat terakhir iaitu di WC-15 Antah Tower Condominium, Jalan Putramas 1, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur dan No 2, Laluan Taman Meru 1, Taman Meru 1A, 30020 Ipoh, Perak.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Johafizie Johari di talian 03-8870 0475 atau 014-515 5977,” menurut kenyataan itu.