SPRM nafi keluar kenyataan isu penyelewengan, rasuah Pas Kelantan

SPRM nafi keluar kenyataan isu penyelewengan, rasuah Pas Kelantan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Sri Mohd Shukri Abdull, dan suruhanjaya tersebut tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan Pas Kelantan.

Demikian kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Azam Baki dalam satu kenyataan semalam.

Jelas beliau, SPRM mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya itu untuk menular kenyataan tersebut baru-baru ini dan tindakan tersebut dilihat sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan reputasi SPRM.

“Ingin ditegaskan bahawa SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menular berita yang tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM atau suruhanjaya ini kerana tindakan tersebut akan menjejaskan imej SPRM,” kata beliau.

CATEGORIES