Malaysia Dateline

SPRM patut panggil pemilik akaun luar pesisir

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil sejumlah pemilik akaun luar pesisir yang didedahkan Kertas Pandora baru-baru ini.

Ketuanya, Akmal Nasir berkata, SPRM sepatutnya bersedia untuk mengambil keterangan individu yang dinyatakan memiliki akaun luar persisir antaranya Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin; Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa individu lagi.

“SPRM melalui Ketua Pesuruhjaya badan berkenaan, Azam Baki berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi berkaitan.

“AMK ingin merakamkan penghargaan kepada SPRM atas respon berkaitan Kertas Pandora walaupun ia agak sedikit lewat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, pihaknya menggesa siasatan telus dalam kadar segera oleh SPRM berkaitan pendedahan tersebut.

“AMK juga berharap SPRM tidak menggunakan kuasanya untuk melakukan intimidasi terhadap pemberi maklumat sebaliknya fokus kepada isu yang dibawa,” katanya lagi.

LANJUT MENYUSUL