SPRM Perlis tahan pegawai imigresen didakwa rasuah

SPRM Perlis tahan pegawai imigresen didakwa rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menahan seorang pegawai imigresen yang didakwa meminta rasuah RM8,000 daripada seorang kontraktor.

Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata pegawai lelaki berusia 30-an itu ditahan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini dua hari lalu selepas menerima aduan daripada kontraktor itu pada hari sama.

Kontraktor itu dalam aduannya mendakwa pegawai itu meminta suapan sebagai balasan untuk tidak menahan seorang pekerja asing di tapak binaan lencongan banjir Kampung Wai, Kuala Perlis, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.