Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
SPRM perlu ada peruntukan mengenai pemunya benefisiari, kata Latheefa

SPRM perlu ada peruntukan mengenai pemunya benefisiari, kata Latheefa

BernamaJuly 22, 2019 3:36 pm




Terdapat keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai peruntukannya sendiri berkaitan pemunya benifisiari (beneficial ownership) dalam Akta SPRM 2009.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata perkara itu penting untuk menyokong siasatan dan memastikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang dan penguatkuasaan.

“Kerajaan akan meminda Akta SPRM 2009 bagi membolehkan pihak berkuasa mengetahui siapa pemunya benifisiari semasa siasatan dijalankan.

“Kerajaan melihat satu keperluan untuk perkara ini kerana terdapat banyak kes yang mana nama individu lain digunakan sebagai ‘proksi’ untuk menghalang pemilik asal daripada terdedah kepada tindakan yang mungkin,” katanya selepas merasmikan Bengkel Serantau Mempromosi Ketelusan Pemunya Benifisiari di Asia Tenggara di sini hari ini.

Latheefa berkata kuasa penuh undang-undang sedia ada akan dilaksanakan kepada pesalah untuk memastikan tiada pemunya benifisiari yang tidak jelas atau berselindung melakukan aktiviti rasuah dan perusahaan jenayah.

Pada 10 Jan lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan bercadang memasukkan peruntukan baharu dalam Akta SPRM mengenai tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari.

Beliau berkata ia adalah antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Khas mengenai Antirasuah yang dipengerusikan beliau di Putrajaya.- BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production