SPRM  perlu  siasat Khairy taja umrah RM1.4juta, kata Pemuda Amanah

SPRM perlu siasat Khairy taja umrah RM1.4juta, kata Pemuda Amanah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menjalankan siasastan ekoran daripada kenyataan media yang melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menaja 191 Ketua Umno Bahagian untuk mengerjakan umrah denga kos perbelanjaan membabitkan RM1.4juta.

Timbalan Ketua Amanah Nasional Faiz Fadzil berkata, sumber kewangan diperoleh untuk menaja ketua bahagian perlu disiasat oleh pihak berkuasa terutama SPRM.

“Jika dikira gaji seorang menteri sudah pasti tidak cukup untuk menampung penajaan sebegitu banyak.

“Adakah jumlah tersebut juga sama sepertimana skandal derma yang menyelebungi Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak? Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada ia didermakan dengan sebarang balasan.

“Adakah wang tersebut datang dari mana-mana korporat? Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada korporat tersebut mempunyai apa-apa kepentingan dengan jawatan Menteri KJ.

“Apakah tujuan KJ menaja ketua pemuda bahagian seluruh negara? Adakah kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda sedang tergugat atau adakah beliau sedang mencongak kerusi yang lebih tinggi dalam Umno?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Faiz berkata, Walau apapun tajaan itu jika betul sudah pasti mempunyai tujuan tertentu bagi kepentingan politik beliau dakwanya.

“Bapa borek anak rintik. Pemimpin Umno dan kerajaan hari ini tidak lagi mementingkan integriti dan ketelusan. Masalah keperitan hidup rakyat tidak lagi dipedulikan. Jumlah tersebut cukup untuk membantu mahasiswa membayar yuran pengajian di universiti dan kolej tempatan.” ujarnya.

Justeru, beliau mengesa satu siasatan bebas dan menyeluruh perlu dijalankan segera supaya generasi muda negara ini sentiasa dididik dengan prinsip kehidupan yang baik dan jujur.

“Jati diri anak muda perlu dibina dengan sifat yang mulia dan bermoral.
Anak muda tidak mahu dipimpin oleh pemimpin yang tidak berintegriti dan tidak peduli akan keperitan rakyat. Berita tajaan ini jika tidak dibersihkan pasti amat menjengkelkan bagi anak muda negara ini,”katanya.

Portal yang dikaitkan dengan Umno itu Jumaat lalu memetik Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar Hussin sebagai mengesahkan bahawa Khairy telah menaja perjalanan bagi semua ketua bahagian dan exconya.

Dalam artikel yang berasingan, Suara.tv juga sebelum ini memetik sumber Pemuda Umno yang mendakwa perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Timur Tengah.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail menegaskan tajaan itu mencecah ko RM1.4 juta untuk tajaan keseluruhan rombongan. Beliau turut dilaporkan akan membuat aduan ke SPRM esok.

TAGS