Malaysia Dateline

SPRM Sabah cari lelaki bantu lengkapkan siasatan kes

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang menjejaki seorang lelaki bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkaitan rasuah di Kota Kinabalu pada 2012.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, lelaki itu, Ahmad Razini Md Rais, 39, mempunyai alamat terakhir di 26, Jalan Jelita, Taman Suliana, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Penguasa Nordinansah Kasim di talian 019-589 5919 atau e-mel kepada [email protected]

— BERNAMA