Malaysia Dateline

SPRM Sarawak kesan lelaki bantu siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan seorang lelaki, Ariffin Osman, bagi membantu siasatan.

Ariffin Osman

Ariffin, 31, mempunyai alamat terakhir di No. 91B, Lorong Petra 2, KPG Astana Lot, Petrajaya, 93050, Kuching, Sarawak, kata SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut menghubungi pegawai penyiasat, Among Anak Jengga di talian 084-311 982 atau 016-642 0148.

— BERNAMA