SPRM serbu anak syarikat, universiti seliaan kerajaan Selangor

SPRM serbu anak syarikat, universiti seliaan kerajaan Selangor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat serbuan ke atas pejabat anak syarikat kerajaan Selangor, universiti seliaan kerajaan Selangor dan sebuah syarikat swasta berhubung siasatan pembayaran kontrak yang dipercayai merugikan kerajaan negeri itu.

Menurut sumber, serbuan ke atas premis anak syarikat kerajaan Selangor di sini itu dilakukan pada 10.45 pagi.

Pada masa sama, SPRM menyerbu dua kampus universiti tersebut di Shah Alam dan Bestari Jaya, Kuala Selangor serta syarikat swasta itu yang berpejabat di kampus Bestari Jaya serta satu lagi pejabat di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

{loadposition myposition}

Syarikat itu dikatakan bertanggungjawab membangunkan serta menguruskan kediaman penuntut universiti tersebut di kampus Bestari Jaya.

Serbuan ke atas premis-premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan tersebut.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan serbuan yang dibuat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor berkenaan.

“Ketika ini pasukan siasatan SPRM masih lagi di lokasi serbuan manakala maklumat terperinci mengenai serbuan ini akan dimaklumkan pada petang nanti,” katanya.

CATEGORIES
TAGS