Malaysia Dateline

SPRM sudah buka kertas siasatan dana RM600 bilion

Satu kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu sudah dibuka.

Tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu susulan kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara itu tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung siasatan yang sedang dilakukan.

“Ya, SPRM ada membuka kertas siasatan berhubung isu ini,” katanya ringkas, lapor Bernama.

Isu tersebut pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 November lalu.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana sebanyak itu yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, tidak takut disiasat ekoran dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini.

Baca juga ‘Lepas ni kereta sebelah pula, satu-satu saya bakar’ – Bermacam hasil suntingan hiburkan orang ramai

Baca juga Bukan biasa-biasa ni, pencuri larikan 5 kereta mewah hanya dalam tempoh seminit