SPRM tahan bekas kakitangan di pejabat MB Selangor disyaki rasuah

SPRM tahan bekas kakitangan di pejabat MB Selangor disyaki rasuah

Seorang bekas kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor pada 2016.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 38 tahun yang merupakan bekas pembantu tadbir di pejabat berkenaan ditahan kira-kira pukul 12.30 tengaharisemalam di pejabatnya.

Turut ditahan seorang pemilik syarikat pembekalan cenderahati berusia 59 tahun dan isterinya yang berusia 52 tahun, kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Sumber itu berkata, bekas kakitangan pejabat Menteri Besar terbabit disyaki telah menerima wang rasuah sebanyak RM16,566 daripada pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu tahun lalu, sebagai balasan mengesyorkan syarikat tersebut sebagai pembekal cenderahati kepada pejabat berkenaan.

Isteri pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu pula ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan kedua-dua suspek, katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret hari ini.

0.0
OVERALL SCORE
: 0.0
1 user vote x 0.0
CATEGORIES
TAGS