Malaysia Dateline

SPRM tahan seorang Adun, dijangka direman hari ini

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM500,000 pada bulan Mei lepas.

Menurut sumber SPRM, Adun itu ditahan pada kira-kira pukul 5.00 petang tadi di Pejabat SPRM Terengganu ketika hadir untuk memberi keterangan.

Katanya ADUN itu dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada pejabat daerah dan tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) berkenaan.

Bagaimanapun, program itu dipercayai tidak dilaksanakan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini untuk permohonan reman.