SPRM tidak akan mansuhkan PPO – PPPR

SPRM tidak akan mansuhkan PPO – PPPR

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal laporan media bahawa kerajaan akan memansuhkan dua panel bebas yang memantau perjalanan SPRM iaitu Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang dibentuk secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009.

Kerajaan kini dalam proses membuat pelantikan keahlian panel-panel berkenaan bagi penggal baru.

Dalam pada itu, berhubung siasatan isu SRC International dan RM2.6 billion, SPRM mengambil maklum nasihat dan syor yang diberi oleh PPO pada mesyuarat yang ke-29 panel itu semalam dan berharap perkara ini tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak sebagai satu tindakan mencabar kuasa Peguam Negara.

“Saya ingin menegaskan sebagaimana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan kuasa pendakwaan adalah di bawah Peguam Negara,” ujar Tan Sri Abu Kassim Mohamed selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini.

Panel PPO diketuai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo dengan ahli lain panel seperti Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.

Manakala PPPR pula adalah salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

TAGS