SPRM tidak beku akaun cucu Najib, kata Azam

SPRM tidak beku akaun cucu Najib, kata Azam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa pihaknya membekukan akaun milik cucu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penafian itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki susulan dakwaan anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa.

“Akaun cucu (Najib) tidak pernah dibekukan,” katanya ketika seperti dipetik hmetro online.

Turut dibekukan akaun Norashman, anak bungsu Najib.

Nooryana  Najwa Najib  mendakwa akaun anaknya berusia 10 bulan turut dibekukan.

Hari ini Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Adam akan mengadakan laporan polis susulan pembekuan akaun anak dan cucu Najib.

Sebelum ini, Nooryana mempersoalkan sama ada kerajaan berdendam dengan seluruh keluarganya selepas akaun bank peribadi dia dan anak lelakinya dibekukan.

Menurut laporan portal Malaysia Kini, Nooryana memuat naik luahan berkenaan dalam bahasa Inggeris di laman Facebook, semalam.

“Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah, semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri.

“Akaun bank anak lelaki saya berusia 10 bulan yang mempunyai simpanan RM100 turut dibekukan dan ia adalah duit raya pertamanya, tahun ini.

“Apa kaitan duit raya saya dengan 1MDB (1Malaysia Development Berhad)? Adakah ini Malaysia baharu yang kita doakan itu?” katanya.

Difahamkan, selain Nooryana, akaun bank peribadi anak bongsu Najib, Norashman juga dibekukan, hari ini.

Sementara itu, semakan NSTP pada jam 4.30 petang mendapati akaun Facebook Nooryana sudah dinyah aktif.

Najib ditahan malam Selasa lalu dan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Rabu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah, berhubung dana SRC International Sdn Bhd, membabitkan RM42 juta.

Bekas Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan diperintahkan membayar jaminan RM1 juta.

Daripada jumlah itu, RM500,000 dibayar semalam dan bakinya perlu dilunaskan sebelum jam 3 petang Isnin depan, bersama dua penjamin.

Selain itu, Najib juga perlu menyerahkan dua pasportnya kepada mahkamah.  Kes ditetapkan pada 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes.

 

995 total views, 4 views today

CATEGORIES
TAGS