Malaysia Dateline

Logo SPRM 3

SPRM umum empat pelantikan Penasihat Kehormat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik empat tokoh masyarakat dalam kalangan golongan profesional sebagai Penasihat Kehormat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

SPRM dalam kenyataannnya hari ini,berkata pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Februari ini hingga 31 Januari 2020.

Empat tokoh itu ialah Canselor Universiti MAHSA Tun Zaki Tun Mohamed Azmi, Pengerusi Indah Water Konsortium Sdn Bhd Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengarah Institut Strategi Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Dr. Ramon V. Navaratnam dan

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurut SPRM, mereka berperanan memberi pandangan dan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung tindakan operasi,

pencegahan, pendidikan dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti SPRM atas permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Mereka juga bertindak sebagai ‘key communicator’ dalam menyampaikan pandangan masyarakat berkaitan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata agensi itu.

Penasihat kehormat juga berperanan menyampaikan amanat dan hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada masyarakat supaya warga Malaysia dapat berganding bahu dalam memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini, kata suruhanjaya itu.

“SPRM percaya dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang masing-masing, kesemua mereka dapat membantu merealisasikan hasrat

“SPRM dalam memastikan masyarakat Malaysia menjauhi budaya serta amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.