Malaysia Dateline

Sri Aman terus catat IPU tahap berbahaya

Setakat jam 3 petang tadi, kawasan Sri Aman, Sarawak terus merekodkan bacaan udara pada tahap berbahaya dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 411.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims) setakat jam 3 petang tadi, tiga kawasan mencatatkan IPU pada tahap sangat tidak sihat dan 17 kawasan lagi merekodkan bacaan tidak sihat.

Tiga kawasan yang dikenal pasti berada pada IPU sangat tidak sihat adalah Kuching Sarawak iaitu 237, Samarahan (210) dan Sarikei (212).

Antara kawasan yang dikenal pasti berada pada IPU tidak sihat pula adalah, Sibu, Sarawak (175), Batu Muda, Kuala Lumpur (150), Cheras (146), Johan Setia (144), dan Putrajaya (137).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Jabatan Alam Sekitar menyediakan laman sesawang untuk semakan bacaan IPU dan orang ramai boleh melayarinya di http://apims.doe.gov.my.