Malaysia Dateline

Tun Dr Mahathir Mohamad

Srikandi Akar Umbi sokong Tun M, tolak kerjasama dengan Umno

Srikandi Akar Umbi menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Tun Mahathir Mohamed dan menfifatkan kemelut yang berlaku di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menggoncang pendirian utuh mereka.

Izza Ismail dalam satu kenyataannya menegaskan Srikandi Akar Umbi tetap dan akan sentiasa menyokong penuh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Pengerusi Bersatu.

Katanya, Srikandi Akar Umbi merupakan tunjang kekuatan Parti Bersatu bersandarkan semangat kerjasama , setiakawan, toleransi, semangat juang yang kuat telah berjaya menjadi pejuang wanita membantu Bersatu bersama Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-14

“Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang kerjasama dengan Parti Umno yang telah merompak dan merobek harta rakyat Malaysia secara rakus semasa pemerintahan mereka.

“Kerana ini , Srikandi Akar Umbi berjuang tanpa henti dan berjaya mendapat mandat rakyat untuk memastikan kemenangan kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, Srikandi Akar Umbi menyokong penuh cadangan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Bersatu kembali bersama Pakatan Harapan.

“Kami , menyeru agar Semua Srikandi Bersatu di Malaysia bangkit berdiri teguh bersama kami dibelakang Kepimpinan Tun.

“Ayuh! kita bersama berdiri teguh mengembalikan kepercayaan mandat rakyat demi Harapan Rakyat Malaysia,” katanya.