Srikandi PKR desak Jawi siasat dakwaan ‘khalwat’ ahli Umno semasa Pau

Srikandi PKR desak Jawi siasat dakwaan ‘khalwat’ ahli Umno semasa Pau

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak boleh berdiam diri atau sengaja tidak mahu menjalankan operasi untuk menutup maksiat terbuka yang dikatakan berleluasa dan menjadi kebiasaan dalam kalangan ahli Umno  ketika sedang berlansungnya Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Srikandi PKR Selangor Nurainie Haziqah Shafii dalam kenyataan berkata, jika benar sayap Puteri Umno memperjuang nasib wanita, mereka juga harus tampil menggesa Jawi untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas, Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Klang Wan Asshima Kamaruddin.

“Tuduhan ini melibatkan institusi keluarga. Apakah yang akan terjadi kepada institusi keluarga jika amalan khalwat ini dibiarkan terus terjadi dalam kalangan pimpinan yang memegang tampuk pemerintahan negara?

“Jangan hipokrit dan menyokong secara senyap perbuatan keji seperti ini,” ujarnya.

Nuraini Haziqah mengulas mengenai dakwaan Wan Asshima khalwat yang berlaku merupakan antara pasangan bukan Islam dengan orang Islam dan pasangan isteri orang dan suami orang yang bersama dalam satu bilik sepanjang Perhimpunan Agung Umno dijalankan.

Justeru kata Nuraini Hafiqah lagi, Umno sebagai sebuah parti yang kononnya mengangkat Islam dan Melayu, adakah Umno akan membiarkan tuduhan sebegini begitu sahaja?

“Atau pimpinan Umno sendiri sengaja menutup sebelah mata dan tidak mahu mengambil tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang terlibat?

“Oleh yang demikian, Srikandi PKR Selangor menuntut dan menggesa agar Jawi mengambil tanggungjawab untuk segera menyiasat laporan ini sekaligus memastikan operasi yang bakal diadakan adalah telus dan bebas,” ujarnya.

Ini kerana ujarnya lagi, Srikandi PKR Selangor memandang serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh Wan Asshimatentang gesaan untuk Jawi melaksanakan operasi mencegah maksiat semasa Perhimpunan Agung Umno yang sudahpun bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

 

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS