SST tidak aniaya golongan marhaen

Marzuki ketika ditemui semalam.

Cukai SST yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menganiayai mana-mana golongan masyarakat.

Sebaliknya ia turut menjaga kepentingan golongan marhaen apabila terdapat sejumlah besar barangan keperluan yang tidak dikenaka cukai SST.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, ketika ditemui selepas merasmikan program Cycleton Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn (SMKDO), Butterworth semalam.

Menurut beliau lagi, kerajaan PH sememangnya memberi perhatian serius terhadap golongan marhaen agar mereka tidak teraniaya.

“Sebanyak 5334 barangan keperluan untuk kegunaan golongan marhaen tidak dikenakan cukai oleh kerajaan.

“Sekali gus ini membuktikan banyak barangan yang sering digunakan oleh golongan tersebut tetap menjadi perkiraan sebelum tindakan mengenakan cukai SST dilaksanakan.

“Ia juga jelas memperlihatkan bagaimana kerajaan sedia ada kini amat jauh bezanya dengan zaman cukai GST yang menjadi amalan kerajaan sebelum ini,” tegasnya.

Tambahanya lagi, pada waktu GST dikenakan oleh kerajaan BN mereka mensasarkan kutipan cukai sebanyak RM4 bilion, namun begitu apabila kerajaan PH melaksanakan cukai SST cukai yang disasarkan hanyalah sebanyak RM2 bilion.

Secara tidak langsung katanya, ia memberi lebihan yang banyak untuk rakyat semasa ditadbir oleh PH jika dibezakan zaman pemerintahan GST yang dikenakan oleh BN.

Malah katanya lagi, walaupun cukai SST dikenakan, ia tidak akan mempengaruhi kenaikan harga barangan dan keperluan.

Walau bagaimanapun, kutipan cukai ini mampu memberi impak yang besar terhadap pembangunan negara dan rakyat.

Dalam program yang sama beliau turut menerima sumbangan beberapa badan korporat bagi pihak PIBG SMKDO.

Beliau juga turut melepaskan kumpulan basikal klasik sempena sambutan kemerdekaan negara dan Hari Malaysia.

 

COMMENTS

Wordpress (0)