S/Sulit Kanan YDP Agong terima watikah kesepakatan parti namakan Mahathir PM ke-7

S/Sulit Kanan YDP Agong terima watikah kesepakatan parti namakan Mahathir PM ke-7

Istana Negara hari ini telah menerima keputusan rasmi semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pilihan Raya Umum ke-14 daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Keputusan rasmi PRU14 itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan.

Dalam kenyataan rasmi Istana Negara  itu Nik Mohd Shafriman juga telah menerima warkah pemakluman yang  ditandatangani oleh Ketua-ketua dari beberapa buah parti politik yang bersepakat menamakan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Kedua-dua dokumen yangg baru diterima pada jam 1.38 petang tadi akan dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad v di Istana Negara pada jam 5 petang ini ntuk mendapat perkenan bagi mengadakan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Dr Mahathir  mengadakan sidang medianya selepas pertemuan di Istana Negara dijangka pada jam 6 petang ini.

8.3
OVERALL SCORE
: 5.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS