Setiap syarikat pasti ada kisah masing-masing. Baik dari segi ‘workload’ kerjanya, cutinya sehinggalah ke perangai majikan. Di media sosial semalam tular isu pekerja di sebuah butik terkenal Jepun di Malaysia.
Laman komen di media sosial butik itu diserang dengan komen pekerja yang tidak berpuas hati dengan ketidakadilan pihak pengurusan tentang hak pekerja.

Menurut salah seorang pekerja, pihak pengurusan sanggup berhenti upah cleaner sebab nak ‘cut’ kos.
Mereka berhenti upah cleaner, jadi kita lah yang kena buat cleaning sebab nak cut cost. Kalau tak bersih lagi disuruhnya sental lantai sampai berkilat. Tercangkung-cangkung lah kita depan pelanggan macam orang bodoh”, kata salah seorang bekas staf.
Sikap pengurusan yang sangat susah luluskan cuti yang menjadi hak mereka juga menjadi isu hangat di ruangan komen.
“Kereta isteri rosak di tengah jalan, saya hubungi suami saya untuk tolong tapi suami tak boleh ambil ’emergency leave’ (EL). Syarikat beri alasan bahawa itu kereta isteri, jadi dia boleh selesaikan sendiri. Ada staf sanggup nak tukar ‘annual leave’ (AL) untuk EL pun tak boleh. Padahal itu hak mereka. “

Sehingga kini, beratus-ratus komen dari warganet memberikan sokongan kepada bekas pekerja tersebut. Malah ada yang mencadangkan supaya memboikot butik berkenaan.
baca: Andika Putera nak jadi Perdana Menteri, akui ada buat persiapan – “Nak kata gila? Katalah”