Starbucks tak dapat sambutan di Vietnam? rupanya sebab…

Oleh MAISARAH AISYA

Starbucks adalah rangkaian kedai kopi dan kopi antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia dek kerana jenamanya sudah mendapat tempat di hati orang ramai.

Malah Starbucks juga adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara.

Malah di Malaysia sendiri, Starbucks adalah salah satu kedai kopi terkenal dan menjadi dambaan rakyat Malaysia.

Tapi lain pula di Vietnam, rakyat negara itu lebih memilih kopi buatan tempatan daripada Starbucks.

Seorang pengguna X (Twitter), Aidi ER (@aidi_ezzhar) berkongsi mengapa rangkaian kopi terbesar dunia itu sukar mendapat tempat di hati rakyat Vietnam.

Pilihan kopi yang terhad

Disebabkan kopi di Vietnam ada lebih banyak jenis dan rasa. Kopi dan yogurt, kopi dengan telur serta banyak lagi. Starbuck pula tidak ada menyediakan kopi-kopi macam ni.

Guna biji kopi Arabica

Starbuck gemar gunakan biji kopi Arabica, manakala pilihan utama masyarakat sana adalah Robusta.

Arabica lebih smooth, jika hendak dibandingkan dengan biji kopi Robusta yang lebih ‘kick’ (kuat).

Harga mahal

Harga menjadi satu punca juga. Harga ditawarkan oleh kedai kopi tempatan lebih murah, jadi mereka akan cenderung ke kedai kopi tanpa jenama.

Gaya Hidup

Gaya hidup ini juga mainkan peranan. Benar, Vietnam adalah pengeluar kopi kedua terbesar dunia.

Tapi tingkah laku pelanggan ini mainkan peranan utama dalam pasaran.

Contoh, kalau harga lebih murah, rasa lebih sedap, kalau pengguna dia pandang Starbuck itu satu jenama yang gah dan lebih mendapat social approval, orang akan ke sana juga.

Tidaklah cakap semua orang pergi Starbuck itu sebab social approval, sebab aku pergi starbuck pun nak suasana.

Tapi tak dapat dinafikan ada yang pergi ke Starbuck atau jenama jenama besar ini dek kerana jenama itu sendiri.

Di Malaysia kini sudah semakin banyak jenama kopi tempatan yang menembusi pasaran namun disebabkan harga lebih kurang sahaja, maka ramai memilih untuk kekal dengan Starbucks.

Baca juga: Syafiq Kyle kongsi video dengan Mimi Lana lepas seminggu kunci mulut, netizen dakwa batal nikah cuma gimik?