Malaysia Dateline

Statistik tangkapan rasuah libatkan penjawat awam membimbangkan

Statistik tangkapan rasuah sehingga Oktober 2021 melibatkan penjawat awam dalam negara ini amat membimbangkan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, gejala ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu merobohkan sesebuah institusi setelah menjadi parah.

“Sehingga Oktober tahun 2021, statistik menunjukkan bahawa dari sejumlah 894 tangkapan melibatkan rasuah, 404 kes merupakan penjawat awam.

” Ia juga memperlihatkan bahawa peratusannya mencapai 49 peratus dari jumlah tangkapan yang dibuat dan boleh disamakan dengan sekam yang membakar dan boleh memberi impak yang negatif kepada masyarakat.

” Kerajaan negeri Pulau Pinang juga sebelum ini turut mengambil inisiatif bagi menyekat penularan kegiatan rasuah dikalangan penjawat awam melalui pelancaran konsep CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti danTelus,” tegas beliau semasa melancarkan sistem pengurusan anti rasuah MS ISO 37001:2016 bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.