Malaysia Dateline

Statistik terkini orang Melayu paling ramai jatuh bankrap sejak 2 tahun lalu, lihat data ini

Orang Melayu dilaporkan paling ramai jatuh bankrap sejak tahun 2020 hingga mei tahun ini, menurut data yang didedahkan.

Menerusi statistik terkini, kes bankrap membabitkan kaum Melayu adalah seramai 10,266 individu dari jumlah keseluruhan kes iaitu 17,599 individu.

Selepas Melayu, ia diikuti Cina dengan 4,447 kes, India (1,321 kes) dan 48 kes membabitkan bukan warganegara.

Data tersebut dibaca oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat hari ini.

Lelaki paling ramai muflis

Daripada keseluruhan kes yang dilaporkan bankrap, golongan lelaki merekodkan kes tertinggi iaitu 12,970.

Manakala 4,607 kes pula membabitkan wanita dan dua kes lagi tidak dapat dipastikan jantina.

Mengikut pecahan umur dari keseluruhan kes:

Bawah 25 tahun (46 kes)

25-34 tahun (3,171 kes)

34-44 tahun (6,681 kes, paling tinggi)

55 tahun dan ke atas (2,823 kes)

59 kes lagi dikategorikan tiada maklumat

Mengikut pecahan negeri:

Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 4,164 kes.

Wilayah Persekutuan (2,203 kes)

Johor (1,987 kes)

Sabah (1,642 kes)

Perak (1,728 kes)