Malaysia Dateline

Status sekolah tahfiz akan dimasuk dalam Enekmen Kawalan Sekolah Agama Islam

Kerajaan Pakatan Harapan sedang merangka rang undang-undang bagi memastikan status institusi tahfiz diangkat sebagai sekolah agama di bawah Enekmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang baharu itu dijangka selepas pengulungan Belanjawan 2019 di Parlimen.