Malaysia Dateline

Status sokongan Pas kepada calon Umno diketahui petang ini

Status sebenar dakwaan mengenai kenyataan bahawa Pas tidak akan menyokong Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih akan diketahui petang ini.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu dijangka akan diketahui sejurus selesai mesyuarat kepemimpinan tertinggi Pas Pusat di ibu negeri tersebut petang ini.

“Tak sebut langsung (dakwaan kononnya Pas tidak sokong Umno dalam PRK Dun Semenyih. Itu akan dijawab dalam sidang media petang ini (Kuala Lumpur).

“Dijangka selepas pimpinan Pusat adakan perbincangan petang ini. Ia di bawah bidang kuasa Pas Pusat, saya tak nak dahului,” beritahunya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Geran Hak Milik Tanah di Dewan Sri Amar Chukai hari ini.

Beliau diminta mengulas adakan wujud perbincangan atau kenyataan bahawa Pas tidak akan menyokong Umno dalam PRK antara Pas dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pertemuan kedua-dua pihak kelmarin.