Malaysia Dateline

Statut Rom: Wisma Putra sahkan sudah hantar surat tarik diri

imej viral menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa Malaysia masih belum menarik diri daripada Statut Rom berdasarkan kemaskini laman sesawang PBB.

Kementerian Luar Negeri menafikan Malaysia masih belum menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut seorang jurucakap kementerian berkata, Wisma Putra telah pun mengutus surat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung penarikan Malaysia terhadap status tersebut yang menjadi kontroversi di negara ini.

“Wisma Putra sudah hantar surat kepada PBB untuk menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom. Urusan penarikan balik ini akan mengambil sedikit masa kerana belum pernah berlaku negara yang menarik diri sebelum ratifikasi.

“Saya percaya nama Malaysia tidak dikeluarkan lagi kerana prosesnya masih belum selesai,” katanya seperti dilaporkan Sinaronline hari ini.

Hari ini, satu mesej dan imej tular menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa Malaysia masih belum menarik diri daripada Statut Rom berdasarkan kemaskini laman sesawang PBB.

Ekoran daripada itu, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempersoalkan tentang perkara tersebut dan ingin mengetahui tindakan Malaysia berhubung itu tersebut.

emalam dalam satu temubual khas sempena setahun Pakatan Harapan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan akan mengkaji kesesuaian Statut Rom dalam konteks budaya tempatan.

Menurut Dr Mahathir tiada apa yang perlu ditakutkan jika Malaysia memutuskan untuk meratifikasikan statut berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan pada 5 April lalu, terpaksa membatalkan keputusan untuk meratifikasikan perjanjian itu kerana didapati ada pihak sengaja memutarbelitkan fakta berhubung perkara tersebut.