Malaysia Dateline

Stesen minyak tutup dari 6 petang hingga 7 pagi di Kuala Terengganu

Semua stesen minyak di Kuala Terengganu tidak dibenarkan beroperasi selepas jam 6 petang sehingga jam 7 pagi.

Begitu juga kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven.

Mereka tidak dibenarkan beroperasi mulai jam 6 petang hingga 7 pagi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang Covid-19.

Pasaraya, pasar awam, farmasi, kedai runcit juga hanya dibenarkan berniaga sampai jam 6 petang sahaja.

Perkara ini dimaklumkan dalam satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Dalam pekeliling itu, semuan premis perniagaan, kompleks perniagaan, gerai makan tepi jalan, penjaja beredar, pasar malam, pasar pagi dan pasar tani hendaklah ditutup sepenuhnya.