Stesen TV Iran pecat ketua pengarah terlepas siarkan adegan ranjang Jackie Chan

Stesen TV Iran pecat ketua pengarah terlepas siarkan adegan ranjang Jackie Chan
Jackie Chan

Seorang ketua pengarah di stesen penyiaran Iran, IRIB dipecat selepas tidak sengaja membiarkan adegan seks filem dibintangi Jackie Chan ‘terlepas’ dari peraturan penapisan yang ketat di negara itu.

Penonton di Pulau Kish di Iran terkejut apabila stesen televisyen tempatan menunjukkan pelakon seni mempertahankan diri melakukan adegan seks dengan seorang pelacur dalam sebuah filem lakonannya.

Adegan terbabit dianggap melampaui batas di Iran, meskipun lelaki dan wanita tidak dibenarkan berjabat tangan ketika berlakon di layar perak.

Insiden itu mendapat maklum balas cepat selepas seorang penonton menyiarkan klip filem terbabit di dalam talian.

“Klip filem adegan tidak bermoral dibintangi Jackie Chan menjadi tular di media sosial seperti disiarkan Kish IRIB,” lapor agensi berita, ISNA.

“Adegan ini yang bertentangan dengan prinsip IRIB, akhirnya membawa kepada pemecatan dan teguran kepada beberapa kakitangan IRIB di Kish,” katanya sambil merujuk kepada ketua pengarah IRIB di Kish. – AFP.