Malaysia Dateline

Stokin Anwar jadi perhatian, netizen selidik rupanya stokin kedai Eco RM2.40

Stokin yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi bualan ramai selepas beliau berkongsi beberapa foto ketika menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Menerusi gambar yang dikongsi di Twitter, ramai nampaknya tertarik dengan stokin yang dipakai Ahli Parlimen Tambun itu kerana dipercayai dari jenama biasa yang cuma berharga RM2.40.

Daripada pemerhatian Malaysia Dateline, netizen mengatakan bahawa stokin digunakan Anwar itu ada dijual di kedai serbaneka ‘Eco Shop’. Pekerja kedai berkenaan juga mengesahkan bahawa stokin itu sememangnya dari kedai ‘Eco Shop’.

“Saya sebagai staff ‘Eco Shop’ mengesahkan item ini item Eco Shop,” tulis salah seorang kakitangan kedai serbaneka itu.

“Lepas ini pergi Eco mesti stokin ini dah habis,” seloroh Teja.

Baca juga: Johari Abdul dilantik Speaker Dewan Rakyat

Baca juga: Jangan politikkan bencana tanah runtuh, elak remehkan kerja selamatkan nyawa