Malaysia Dateline

Strategi Pas sekat Umno jadi Exco Kelantan dan Terengganu, kata pemerhati politik

Pemimpin Pas dan Umno dilihat oleh pemerhati politik sangat bijak untuk meletakkan wakil mereka dalam barisan exco kerajaan negeri Perlis.

Pemerhati politik Mohd Sayuti Omar dalam blognya berkata, jawaban balas Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan adalah sebagai strategik Pas- Umno.

“Tuituman (Tuan Ibrahim Tuan Man) dan Mat Maslan (Ahmad Maslan) sama sama bijak nampaknya.

“Kata Mat Maslan kegagalan BN umum calon Pirake (PRK) Tanjung Piai walaupun persiapan sudah dibuat tetapi ditangguhkan, ia adalah strategi.

“Tuituman pula kata partinya tidak terima tawaran Umno Perlis untuk beri satu kerusi Exco mungkin juga dikira strategi,” ujarnya.

Mohd Sayuti Omar kecil
Mohd Sayuti Omar

Mohd Sayuti atau lebih dikenali dengan nama pena MSO itu merujuk kepada cabaran Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad agar Pas menerima sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno dalam kerajaan negeri untuk membuktikan keikhlasan mereka.

Menurut Raja Kamarul, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini membenarkan parti yang memiliki kerusi minoriti untuk memegang jawatan sebagai ketua menteri.

Justeru katanya tiada sebab Pas tidak boleh melantik dua ahli Umno sebagai exco negeri tanpa melepaskan kerusi menteri besar.

Menurut Sayuti lagi, walaupun Tuan Ibrahim berkata, tidak ada dalam kerajaan Perlis, Pam (Pas-Umno) akan sokong semua dasar kerajaan UBN (umno-BN) itu.

“Kita tahu Pam tergian juga untuk punya Exco di negeri Indra Kayangan itu tetapi apa boleh buat, keadaannya seperti orang nak kencing namun ia terpaksa menahan nafsu kerana sesuatu sebab.

“Dalam hal ini Pam sanggup terkucil kucil kerana kalau ia terima tawaran Umno itu bermakna Pam juga kena tawarkan kedudukan sama kepada Umno di Kelantan dan Terengganu.

“Jadi demi mengelak hal itu Pam sanggup kencing dalam seluar. Ketidaksediaan Tuituman (Pam) itu menjelaskan Pam tidak ikhlas membina muafakat taawun syiasi dengan Umno. Belum apa apa sudah nampak belang, dahhh….

“Kesimpulannya di antara strategi Mat Maslan dengan strategi Tuituman ia nampak cerdik sedikit strategi Tuituman. Allahuakbar hidup Islam. Trims,” ujarnya.