‘Stress’ tengok tisu melekat pada baju dalam mesin basuh, rupanya ada cara nak buang dengan cepat

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau ada anak yang masukkan seluar dengan tisu dalam poket mesti sakit hati mak-mak bila buka mesin basuh.

Habis semua baju melekat tisu, nak cabut satu-satu tu memang sampai ke esok pun tak selesai.

Buat naik darah sahaja, rupanya ada cara senang nak hilangkan tisu-tisu hancur ini menurut perkongsian seorang rakyat Jepun.

Hanya memerlukan satu bahan iaitu pelembut pakaian (fabric softener) berikut kami kongsikan langkah-langkah berkensan bagi menghilangkan cebisan tisu dan kertas.

“Saya sangat kagum apabila mendapati bahawa pakaian yang mengalami ‘tragedi’ dilitupi cebisan tisu boleh menjadi bersih jika dicuci semula dengan pelembut kain.

“Jangan ragu-ragu letakkan seberapa banyak pelembut pakaian yang anda suka! Terima kasih pelembut kain, anda penyelamat,” tulis pengguna laman X bernama 雪乃.

Tip buang kesan tisu di baju

Bahan-bahan:

  • Baju yang terkena cebisan tisu
  • Pelembut kain

Cara-cara:

  1. Langkah pertama, masukkan semula baju ke dalam mesin basuh sebelum tuangkan pelembut pakaian pilihan sebanyak mana yang anda mahukan.
  2. Pastikan mesin basuh dihidupkan dengan tetapan rinse (bilas) dan spin (putar) sahaja.
  3. Selepas putaran selesai, cebisan tisu dan kertas dipercayai tidak akan melekat lagi di pakaian anda.

Tular di media sosial, ada juga pengguna platform sama tampil meninggalkan komen berkongsi kaedah lain bagi mencuci pakaian dari kotoran ini dengan cara lebih mudah.

Kaedah kedua ini khusus buat mereka yang memiliki mesin pengering di rumah di mana pengguna hanya perlu memasukkan kain dikotori tisu ke dalam peralatan elektrik tersebut.

Difahamkan, sebaik sahaja peralatan elektrik itu selesai digunakan segala kekotoran iaitu cebisan tisu dan kertas bakal hilang sekelip mata dipercayai berpunca daripada suhu mesin yang tinggi.

Baca juga: Baru tahu senang sahaja nak kipas laju semula, hanya perlu beli ‘sparepart’ ini sahaja