SU Agung PAS sudah lama mahu kerjasama dengan Umno, kata bekas presiden NUJ

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Datuk Yazid Othman mendakwa, usaha untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan Umno sudah lama dihasratkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan.

Tulisan Yazid dalam facebooknya yang menjadi viral di kalangan pengguna sosial media ketika berada di majlis  perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia baru-baru ini.

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Datuk Yazid Othman mendakwa, usaha untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan Umno sudah lama dihasratkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan.

Menulis dalam facebooknya, pemimpin Umno di Kelantan itu mendakwa, perkara itu diluahkan oleh Takiyudin kepada beliau dalam pertemuan mereka di majlis Multaqa Serantau Alumni Az Azhar Malaysia 18 Disember lalu yang turut dihadiri oleh kedua-duanya.

“Alhamdulillah to’ apa yang kita hasratkan sebelum ini berhasil”. Saya menjawabnya “Syukurlah to’ Insyaallah…semOga ia berjalan dengan baik seperti yang kita cita-citakan,”tulis Yazid dalam Facebooknya 19 Disember lepas yang kini menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial.

Menurut Yazid, setelah multaqa berakhir tengahari 18 Disember dimana para peserta mula bersurai, Setiausaha Agung PAS Pusat itu yang merupakan teman seperjuangan beliau di kampus Universiti Malaya dahulu menarik tangan beliau ketepi dan membisikkan kenyataan di atas.

“Demikian catatan cebisan rakaman sejarah di sebalik peristiwa pertemuan kedua-dua pemimpin utama bangsa Melayu dan Islam Datuk Seri Najib dan Haji Hadi, dalam meniti perpaduan antara kedua-dua pihak PAS dan Umno demi kelangsungan bangsa dan agama kita Islam yang maha suci,” tulis Yazid.

Najib ketika berucap merasmikan multaqa itu sekali lagi menghulurkan tangan kepada PAS untuk bekerjasama.

Jika ucapan di perhimpunan agung Umno dibuat tanpa kehadiran pemimpin PAS itu, ucapan di multaqa ini dibuat di depan Abdul Hadi sendiri.

Najib ketika berucap memetik surah Al-Quran dalam ucapannya berkata, umat Islam wajib menghormati ikatan perpaduan dan perlu berpegang kepada dasar perpaduan.

“Kita berpegang bukan kepada tali lain, tali manusia ataupun tali biasa, tetapi tali Allah. Ditegaskan (dalam ayat Al-Quran), jangan kamu berpecah belah, maknanya melarang kita dari berpecah belah.

“Saya mewakili kabilah saya, dan tuan guru (Hadi) mewakili kabilahnya. Mari kita berpegang kepada pengertian ayat ini.

“Jangan kita jadi macam negara Arab. InsyaAllah Malaysia tidak akan terjebak,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Ketika bercakap kepada media semalam, Takiyudin berkata, PAS sedia memaaf dan melupakan kesilapan Umno sebelum ini.

Namun selepas ia disiarkan oleh kebanyakan media termasuk The Malaysian Insider (TMI), Takiyudin menafikan laporan TMI itu.

Ekoran itu, TMI menyiarkan transkrip kenyataan media yang dibuat ahli parlimen Kota Bharu itu kepada media.

TAGS