“Suami aku kantoi tidur 8 kali dengan pengasuh anak, mentua ‘backup’ dia, siap salahkan aku”

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada ibu bapa yang sanggup pertahankan anak yang sudah terangan berzina dan menyalahkan menantu.

Tak cukup itu dituduh pula menantu tak pandai jaga anak hingga menyebabkan dia mencari orang lain sedangkan si isteri terpkasa bekerja kerana sedar suami tak mampu menanggung keluarga.

Begitulah nasib seorang wanita yang juga anak yatim piatu apabila si suami memilih untuk curang dengan pengasuh anak.

Luahan tersebut dihantar kepada pengguna X untuk meminta pendapat orang ramai akan hubungan dia dan suami.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Saya ni anak yatim piatu, luah dekat keluarga mentua tapi mereka salahkan saya. Saya wanita berumur 32 tahun berkahwin dengan suami berumur 41 tahun.

Sudah kahwin dalam masa tiga tahun dan dikurniakan dua anak, sejak itu saya bincang dengan suami untuk hantar dekat pengasuh.

Jadi dah masuk bulan keempat hantar pengasuh. Budak tu dalam 20 an lagi, baik tapi minggu lepas kantoi suami ada hubungan dengan dia.

Sejak bulan lepas memang suami tak sentuh saya langsung. Saya tahu curang pun sebab terbaca mesej mereka. Rupanya sudah tidur bersama banyak kali.

Bagi alasan tak jaga badan punca curang

Menggigil saya baca bila tanya suami, dia kata sebab saya tak pandai jaga badan, sudah berisi.

Macam mana nak jaga? Saya kerja sebab nak tolong dia dan baru sahaja bersalin beberapa bulan lepas.

Bila tanya dekat pengasuh, dia cakap suami saya yang tergilakan dia dan dia jawab jujur dah tidur bersama lebih lapan kali.

Mengadu dekat mentua pun tak guna, mereka tetap salah saya sebab tak pandai jaga suami jadi saya minta cerai.

Tapi suami tolak atas alasan anak masih kecil, dia siap minta nak kahwin dua. Duit dia pun cepat sahaja habis sekarang.

Saya tak kisah dia nak madukan saya tapi kenapa kena buat maksiat, pengasuh tu pula cakap suami selalu mengadu sunyi.

Elak bersama tapi salahkan isteri

Saya ni setiap hari balik sebelum dia, masak dan ambil anak dari rumah pengasuh. Siap tanya nak ‘bersama’ tapi dia yang elak.

Lelaki ni memang tak pernah cukup satu, bila dapat lebih baik dia terus lupakan kita sedangkan ini hubungan halal dia.

Baca juga: “Aku bayar kereta guna duit sendiri, suami boleh ajak perempuan lain tidur dalam tu”