“Suami aku sanggup buat loan sebab nak join ‘trade’, aku sampai bergadai habis barang kemas…”

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak ada jalan pintas dalam mendapatkan wang, jika yang ada sudah mencukupi maka tak perlu tambah bebanan lain.

Memang betul trading atau main saham ada masanya akan menguntungkan itu pun kalau cukup ilmu, kalau tidak rugi masa dan duit lebur.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’ apabila suaminya sanggup mengambil pinjaman demi ‘trading’.

“Saya dah sembilan tahun berkahwin, seorang suri rumah dan mempunyai tiga anak.

Saya hanya nak meluahkan bukan untuk membuka aib, sebab rasa sakit sangat bila masalah terpekung di dada seorang diri..

Suami saya daripada segi nafkah bulanan Alhamdulillah, walaupun kurang saya tampung dengan simpanan sikit-sikit untuk perbelanjaan.

Cuma saya tak suka sikapnya yang tak pernah rasa mencukupi dengan gajinya, contohnya dia sanggup buat pinjaman hanya semata-mata untuk trade.

Ini pun saya tahu setelah tengok di telefonnya, benda ni dah terjadi berulang-ulang kali, lepas dah jadi saya dah berbuih nasihatkan dan marah dia.

Sebab benda yang sama berulang walaupun dah dinasihat banyak kali. Akibatnya kalau dah buat pinjaman, memang komitmen bulanan akan bertambah.

Emosi pun jadi tak stabil sebab duit bulanan makin berkurang, so dia akan pinjam pula dgn member-member, ini pun kantoi sebab baca WhatsApp.

BIla member-member minta balik boleh pula cakap tak cukup duit alasan nak bayar itu ini, semua tak cukup, sedangkan diri sendiri yang buat perangkap.

Saya dah banyak kali nasihatkan suami, sebab sebelum ni pun pernah dia buat loan dan duit loan akan habis dalam masa sekejap gara-gara trade.

Beli barang semua mahal-mahal

Suami ada juga bawa kami satu keluarga berjalan tapi kalau nak dibandingkan kos bercut dengan trade jauh bezanya.

Saya pun bukan jenis mata duitan dan pilih barang branded kalau di bandingkan dengan suami.

Dalam sekelip mata duit boleh dihabiskan dengan laptop beribu, jam tangan mahal dan barang-barang golf.

Pada masa yang sama barang kemas saya pun dah banyak tergadai gara-gara nak tolong suami yang sebelum ni dia tak cukup untuk perbelanjaan.

Itu yang saya hulurlah juga barang kemas dekat suami, ingatkan bila ada duit nak tebus balik ke apa, tapi bila dia ada duit tapi hampeh.

Sebab duitnya habis untuk spin semua. Saya penat nak hadap semua ni, bagi saya rezeki yang Allah bagi dah mencukupi walaupun tak banyak, kenapa perlu nak spin dan trade.

Saya sampai nekad biarkan sahaja dia terkontang-kanting sebab kalau saya bantu sekalipun duit tu habis dekat tempat tak berguna.

Sekarang yang jadi mangsa keadaan adalah saya dan anak-anak, sampaikan saya lari balik rumah mak untuk sedarkan tapi masih sama perangainya.

Baca juga: “Hubungan aku dengan mentua hancur. Tak sangka biras rupanya kuat menghasut”