Masih ada para lelaki yang mengambil ringan akan hal nafkah, malah memberi alasan untuk mengutamakan keluarga sendiri berbanding anak dan isteri.
Wanita mana sahaja yang tidak terasa, di saat diri sedang berjuang mengandungkan zuriat, si suami lebih rela menyibukkan diri dengan keluarga.
Seorang wanita terkilan dengan sikap suami terlalu mementingkan keluarga hingga mengabaikan dirinya yang sedang mengandung.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.
Aku harap tiada orang yang kena hadap apa yang terpaksa aku lalui sekarang, aku sedang hamil empat bulan sekarang.
Harap aku dapat melahirkan anak yang pertama walaupun dah masuk lima kali aku mengalami keguguran.
Bagi yang bernasib baik, bersyukurlah jika memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab sedangkan aku dikurniakan suami yang tak seperti aku impikan.
Suami asyik lebihkan keluarga
Siapa yang mintak semasa berjuang melawan kesakitan tetapi si suami tidak memperdulikan langsung aku di hospital.
Alasan diberi dia terpaksa membawa ibu dan keluarganya untuk pergi uruskan perkahwinan adiknya.
Ya suami ku anak mak, pro keluarganya. Suami aku selalu cakap seorang isteri jika bercerai Maka terputuslah segalanya tetapi keluarga tidak.
Tak pernah merasa nafkah
Bab nafkah suamiku terlebih arif katanya dalam apa pun mesti dahulukan maknya daripada isteri sebab syurganya di bawah kaki ibunya.
Aku fahami bab tu tapi demi penuhi semua permintaan ibunya, suami aku langsung tak mampu untuk memberi nafkah kepada aku.
Segalanya aku tanggung termasuk makan minum. Cuma rumah sahaja dibayar oleh suami, tapi dalam rumah ni, aku ibarat menumpang.
Aku tak boleh buat sesuka hati, suami aku selalu cakap rumah ni aku cuma menumpang.
Setiap bulan suami akan hantar belanja pada ibunya sedangkan dia ada beberapa abang di atasnya. Tak cukup dengan pemintaan si ibu, adik beradik pula tak habis meminjam.
Aku nak juga merasa suami aku belanja makan memang tapi memang dalam mimpi sahaja lah. Kalau keluarga dia ajak, memang laju, tapi aku memang tak dibawa bersama.
Pernah aku beli gelang emas guna duit titik peluh aku, dia selamba minta suami aku belikan untuk dia juga.
Masa aku masuk hospital, dia datang untuk pertikai siapa bayar bil bukannya nak datang melawat menantu.
Itu belum pergi bercuti, mesti bawa maknya dan kadang kadang adik beradiknya, bila tak cukup duit, aku yang jadi mangsa kena keluar belanja.
Bil telefon maknya yang kadang suami tak cukup duit pun suami minta aku yang bayar, selalunya aku buat tak tahu.
A ku dah penat untuk berjuang dalam rumah tanggaku. Aku Tak tahu keputusan yang ku ambil ini betul atau tidak tapi aku dah penat sangat.
Penat untuk menjadi hamba abdi dalam rumah tangga, penat untuk dimaki hamun, penat untuk dipergunakan, aku harap aku kuat demi anak.
Baca juga: “Menyesal aku percayakan suami, wanita disangka ‘scammer’ rupanya kekasih gelap dia”