“Suami gunakan hak dia untuk kahwin 2, jadi aku hantar dia dekat madu, tuntut fasakh lepas dia kemalangan”

Oleh MAISARAH AISYA

Poligami tidak menjadi masalah selagi mana seorang lelaki itu mampu memberi kemudahan kepada kesemua isterinya.

Namun zaman sekarang ni bermadu adalah lebih kepada untuk memuaskan nafsu sahaja, meskipun tidak ramai tapi ia berlaku di negara ini.

Menerusi satu halaman di Facebook Desi Norlela, seorang wanita meluahkan rasanya dimadukan dan menjaga suaminya yang terlantar selepas kemalangan.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Suami poligami sudah dua tahu, tiada masalah sekarang walaupun pada mulanya agak sakit tapi puju hati untuk reda sebab suami bukan hak aku, dia hak Allah SWT.

Aku selalu set dalam kepala otak yang suami tu kiriman Allah untuk jaga aku sahaja sebab tu Allah wajibkan suami bagi nafkah dekat isteri.

Setiap kali solat dan datang rasa kecewa, aku terus berdoa dan poisitif dengan jalan yang ditulis Allah.

Sekarang suami sudah tiga bulan kemalangan, terlantar, lumpuh separuh badan dan memang tak boleh kerja dan tak mampu bagi nafkah.

Jadi disebabkan dia dah tak mampu bagi nafkah maka aku pilih untuk undurkan diri sebab dalam Islam dibenarkan isteri fail fasakh jika suami tak mampu lagi.

Aku pun mohon kaunseling dekat pejabat Agama, memang ustaz ustazah di situ maklumkan aku boleh tuntut fasakh sebab dalam islam nafkah tu hak multlak seorang isteri.

Tapi itulah ustaz tu kata kalau aku jaga suami, pesar pahala tapi aku fikir balik jika suami gunakan hak dia sebagai suami untuk kahwin dua dengan asbab Islam benarkan.

Sedangkan dia tak fikir perasaan aky ketika itu malah aku pula kena reda tanpa marah atau derhaka dan hanya mampu menangis kepada Allah.

Maka tak salah jika aku guna hak aku sebagai isteri sebab Islam benarkan ia. Sejak daripada kaunseling dan nasihat ustaz usatazah di sana, aku hantar suami ke rumah madu.

Sebelum ini tiga bulan dah aku jaga suami termasuk mandikan dan basuh berak dia sekarang giliran madu pula untuk menjaga suami.

Aku sempat salam dan minta maaf dekat suami sebab tak dapat teruskan untuk jaga dia sebab ini luar kemampuan dan kekuatan aku, suami hanya mengangguk faham.

Yang aku tak faham, masa aku dalam proses nak fail fasakh dan dah hampir nak selesai, tiba-tiba madu pun nak fail fasakh juga.

Bukan ke dulu dia pernah berjanji dengan aku yang dia akan jaga suami lebih baik daripada aku jaga, kenapa nak tuntut fasakh pula.

Baca juga: “Sanggup suami ‘uninstall’ aplikasi setiap kali balik rumah, kantoi segala mesej lucah dengan perempuan lain”