Suami kantoi buat ‘live’ konon tolong ‘TikToker’ jual barang, wanita nekad nak saman RM64k

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang apabila banyak sangat berita mengenai pasangan curang maka banyak individu lebih berhati-hati dengan suami atau isteri.

Pastinya akan ada syak wasangka antara pasangan apatah lagi mereka terlihat mesra dengan orang lain.

Disebabkan itu, seorang wanita di Thailand menuduh suaminya menjalin hubungan cinta dengan seorang vendor jualan online.

Menurut portal berita Thaiger, wanita dikenali sebagai Beam itu mengemukakan saman berjumlah 500,000 baht (RM64,000) terhadap kedua-dua mereka.

Beam hanya mula mengesyaki perkara tersebut apabila dia melihat suaminya terlibat dalam jualan produk secara ‘live’ di platform TikTok.

Jelasnya lagi, suami yang juga anggota polis dilihat menjual sabun, makanan tambahan dan beberapa produk lain tanpa pengetahuannya.

Melihat sesi ‘live’ itu, Beam mendengar ada suara wanita dikenali sebagai Ann yang tidak menunjukkan wajah dan sekadar menemani suaminya.

Percakapan di antara keduanya juga kelihatan mesra, ini menambah rasa curiga dalam diri Beam dan bertanya hal tersebut terus kepada suaminya.

Suami bagai manapun menepis dakwaan tersebut dan menyatakan dia dan Ann hanyalah rakan perniagaan dan kemesraan mereka adalah salah satu strategi pemasaran.

Pada masa sama, suaminya memaklumkan dia berhutang 300,000 baht (RM38,000) daripada Ann maka dia bekerja untuk bayar hutangnya.

Beam bagaimanapun enggan mempercayai penjelasan suaminya, sebaliknya berhasrat untuk menyaman kedua-dua individu tersebut sebanyak 500,000 baht.

Dalam pada itu, Ann menafikan tuduhan tersebut dan berkata, dia akan menyaman semula Beam kerana memfitnahnya.

Baca juga: “Perbuatan khurafat yang amat dahsyat” – Dr Maza ulas isu kepercayaan pengikut GISBH