Seharusnya semua sudah tahu akan bahaya mengambil barang terlarang, kesan bukan sahaja pada diri tapi orang sekeliling.
Sudah banyak kes melibatkan mereka di bawah pengaruh dadah yang membunuh ahli keluarga kerana tidak mendapatkan wang.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui suaminya kantoi berjudi dan mengambil dadah.
“Saya berkahwin lebih 14 tahun dan mempunyai empat orang anak. Rumah tangga saya diuji dengan perangai suami yang tak jujur.
Suami pernah kantoi main judi dan terbaru ambil dadah. Allah tunjuk bukti terkantoi bila saya terbuka beg dia.
Dia mohon maaf dan cakap baru terlibat dan berjanji tak akan ulangi. Saya pula isteri yang tak bekerja dan masih berharap dan berdoa dia mampu tinggalkan dan berubah
Saya pun tak pasti macam mana dia boleh terlibat sedangkan gaji dan slip gaji sepenuhnya diserah pada saya..
Sekarang saya namapak perubahan ketara bila cuti sahaja dia akan habiskan masa dengan tidur, semua waktu cuti dihabiskan dengan tidur.
Sehinggakan pernah kami pergi bercuti, saya kena tolong memandu kereta sebab dia mengantuk sangat, adakah ini ciri mereka yang mengambil dadah?
Saya mula terfikir nak berpisah tapi keadaan ekonomi sekarang ni boleh menyebabkan kesukaran tapi jika kantoi juga maka langkah seterusnya adalah untuk berpisah.
Buat masa sekarang saya fikir situasi anak-anak yang semuanya masih bersekolah, apa yang mereka nak makan nanti.
Saya simpan dan pendam seorang diri dan tak mahu libatkan keluarga dalam hal rumah tangga kami, saya harap suami berubah.”
Baca juga: “Nafkah tak pernah bagi tapi sibuk mengorat perempuan lain, dasar suami tak sedar diri…”