Malaysia Dateline

5 tahun bekas suami ‘lepas tangan’ tak bagi duit, wanita ini berjaya tuntut nafkah hampir RM70,000

Perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main apatah lagi bila melibatkan nafkah yang suami perlu sediakan buat isteri.

Seorang peguam, Suriati Ghani menerusi hantaran di Facebook berkongsi satu kes di mana isteri menuntut nafkah yang sudah tertunggak selama 5 tahun 1 bulan.

Keputusan mahkamah akhirnya menetapkan bekas isteri dibayar tuntutan nafkah sebanyak RM69,705.

“Bekas isteri puas hati dengan keputusan mahkamah dan bekas suami terima keputusan dengan redha malah sempat mohon maaf dengan bekas isteri serta peguam setelah selesai keputusan kes.

“Kes ini asalnya bermula dengan tuntutan nafkah oleh isteri (masa tu belum cerai, isteri tuntut nafkah), tapi kes nafkah tu terpaksa ditarik balik sebab suami failkan cerai.

“Tindakan isteri memfailkan tuntutan nafkah menunjukkan memang berlaku suami culas dalam memberi nafkah dan isteri menuntut di mahkamah supaya ditetapkan sejumlah nafkah bulanan untuk beliau.

“Jadi tindakan awalan saya nak tekankan di sini, jika suami culas, mintalah nafkah, jangan diam, diam bermaksud redha,” ujarnya.

Suriati turut menjelaskan terdapat dua nafkah yang dituntut iaitu tuntutan nafkah isteri dan tuntutan nafkah tertunggak isteri.

Para suami perlu ingat, nafkah isteri itu wajib diberi, dan jangan ambil ringan soal nafkah kerana kes seperti ini boleh dibawa ke mahkamah dan akhirnya anda perlu membayarnya dalam jumlah yang banyak.

Baca Juga: Jalan di Bangsar sesak lepas kontraktor turap jalan waktu puncak, DBKL balas akan ‘sekolahkan’ mereka