Suami malu pakai sedondon, isteri terus bakar baju raya

Oleh KIM SYAZIE

Terlalu larut dengan emosi, seorang wanita sanggup membakar baju raya milik suami yang dijahitnya sendiri.

Hatinya terguris, wanita itu bertindak sedemikian kerana suaminya enggan memakai baju raya yang telah disediakan itu.

Sanggup bersengkang mata menyiapkannya, wanita itu kecewa apabila suaminya malu mengenakan pakaian yang sedondon.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, wanita itu dilihat menyalakan pemetik api untuk membakar baju tersebut hingga hangus.

Video yang mendapat lebih dari lima juta tontonan dari pengguna TikTok itu dipercayai dirakamkan di negara seberang, Indonesia.

“Baju yang aku jahit penuh sayang. Berharap di lebaran ini aku dan suami boleh couple (pakai sedondon).

“Untuk buat, aku perlu tenaga, waktu dan otak. Tetapi suami enggan pakai dengan alasan malu samaan (sendondon) bersama isteri,” luahnya.

Walaupun telah memaafkan berkat bulan Syawal yang mulia, wanita itu akui sukar untuk melupakan perilaku suaminya itu.

“Walaupun sudah memaafkan, ia tidak bermaksud kekecewaan yang saya rasai ini terubat.” Kata pemilik akaun @ym.collections2000 itu.

Baca juga: Terpedaya janji manis untuk berkahwin, jururawat rugi RM134,000