Apa guna berkahwin jika di hati masih ada orang lain, hanya menyeksa pasangan pula bila diri masih angau dengan bekas kekasih.
Seharusnya apabila sedia berumah tangga maka semua di masa lalu ditinggalkan dan mula hidup baru.
Seorang wanita, Vina (bukan nama sebenar) meluahkan rasa kecewa apabila si suami masih lagi terkenang bekas kekasih.

“Aku dah kahwin baru setahun lebih tapi aku tak sengaja check phone husband aku, dia ada create account TikTok, Facebook yang lain, guna nama samaran hanya untuk tahu perkembangan ex dia.
Korang tahu tak, repost tiktok husband aku tu penuh dengan quotes jiwang ye. Ada satu quotes tik tok dia repost “aku berharap aku akan dapat kau semula”
Hah aku ingat betul lah ayat repost tu. Semua sedih sedih, dengan aku tak pernah pun dia jiwang macam ni.
Bukan tu je, dia lupa delete kot dia ada chat ex dia, satu tick je. Mungkin ex dia dah lama block.
Aku pun rasa pelik juga, kalau dia sayang sangat bekas kekasih dia tu kenapalah dari awal dia tak kahwin je dengan bekas kekasih dia tu.
Dia ibarat orang yang gila talak weh. Sebab yang aku tau, memang dia yang tinggalkan bekas kekasih dia pastu bila dah kahwin ni masih teringat?!
Aku rasa mesti ada benda yang aku tak ada kot sebagai isteri dia. Aku mengakulah aku bukan perempuan yang baik untuk dia, aku tau kadang aku pandai je tinggi suara dengan dia.
Entahlah bila aku stress aku termarah dia. Sebab aku tak dapat perhatian, moral support. Dah lah PJJ. Korang faham tak, aku kadang rasa sunyi.
Kahwin tapi macam tak ada beza je dengan yang bujang.
Aku terfikir yang dia kahwin dengan aku ni hanya sebab terpaksa?? Sebab bukan dia yang ditinggalkan ye tapi dia tinggalkan perempuan tu.
Macam gila talak, suami yang minta putus dengan bekas kekasih
Macam gila talak, dia baru pula nak menyesal sebab tinggalkan perempuan tu.
Dari awal kahwin pun, kami bukan pasangan yang boleh bergurau, bual secara random. Korang faham tak maksud aku. Kalau dengan kawan dia, keluarga dia, bukan main lagi gembira semacam.
Dia sayang betul eh ex dia yang terakhir sebelum aku. Hmm entahlah. Dari awal kahwin dia tak pernah lah bagi ayat romantic untuk aku.
Bagi hadiah birthday pun tak pernah ye, hahaha wish pun ala kadar je. Kadang aku fikir, dia ni betul betul sayang aku ke. Macam tak je. Sebab dia masih ingat ex dia tu.
Lepas tu kami PJJ, dia pun selalu abaikan aku. Dia lagi pentingkan kerja dia. Dia tak ingat ke dia dah ada isteri.
Dahlah bagi nafkah pun dia lagi pentingkan keluarga dia berbanding aku sebagai isteri dia. Dia bukan tak pernah bagi tapi mostly duit dia lagi penting untuk dia laburkan untuk family dia. Aku tak nak cakap pasal bab duit ni.
Aku terus teringat berita artis Hafiz tu kahwin dengan first love dia walaupun dah ada anak dua. Kebanyakan tak boleh move on ye dari ex?
Sebab kalau aku lah. Dah kahwin tak perlu kot nak terkenangkan ex walaupun ex tu baik macam mana pun. Fokus dah la dengan isteri kau, keluarga kau. Aku tak boleh brain.
Kalau hati tu masih ingat ex, masih belum ready nak kahwin, buka hati dengan orang lain. Kenapa teruskan?
Tapi laki aku ni teringat kan last love dia lah kot sebelum aku. Pernah je tanya, kenapa kahwin dengan aku, bukan ex dia.
Aku cuma nak tanya, memang normal ke orang yang dah kahwin tapi masih ingat ex dia? Bukan apa ye, aku pelik je.
Biasanya aku dengar lelaki yang susah betul nak move on, masih ingatkan ex walaupun dah kahwin.
Isteri mengandung pun masih teringat ex, dah ada anak pun masih ingat ex. Kenapa ye boleh macam tu?
Boleh ke lelaki yang tengok confession aku ni. Bagi komen, kenapa ada golongan korang ni masih belum move on walaupun dah kahwin, beranak pinak.
Baca juga: Jumpa pelanduk dua serupa di Korea Selatan, Cik B selamba ‘bahan’ Datuk Seri Vida