“Suami obsess dengan mainan mahal, siap letak dalam almari kaca lagi, rupanya masa kecil…”

Oleh MAISARAH AISYA

Biasanya setiap kita ada trauma sendiri masa kecil, jadi bila besar diri akan belajar merawat trauma tersebut.

Samalah seperti wanita ini, suaminya sering membeli mainan untuk memuaskan hati selepas membesar dalam keluarga yang tidak berkemampuan.

Nurul (Bukan nama sebenar) mendedahkan bagaimana si suami sanggup berhabis ratusan ringgit untuk mainan namun untuk anak cuma dibeli di kedai eco sahaja.

“Aku ada anak tiga orang dengan suami. Lelaki aku tu selalu beli maina, mahal pula tu, setiap kali sebelum tidur mesti dia tengok dulu.

Agaknya dari kecil jarang dapat mainan kot, bila dah besar-besar dia sibuk beli mainan. Macam-macam mainan la dia beli.

Tapi banyaknya jenis truck, lori sampah, helikopter, benda-benda macam tu la.

Bukan murah tau, kadang-kadang tu sampai beratus. Tapi main nya tak pun. Dia simpan baik-baik dalam almari kaca dia. Macam barang hiasan la dia buat.

Awal-awal tu aku tak kisah sangat. Aku cuba hormat dah tu minat dia. Lagipun awal dulu masih belum ada anak.

Sekarang anak kami dah tiga, dengan keadaan economi sekarang, aku rasa apa yang dia buat tu satu pembaziran semata-mata.

Sebab kami bukan t20, masih b40. Memang la dia pakai duit dia, tapi aku rasa benda tu tak perlu dah.

Sampai dia sanggup delay renew insurance sebab terguna untuk beli mainan. Dah macam satu penyakit aku rasa. Dah puas dah aku nasihat.

Aku kata simpan duit untuk masa depan anak. Jangan bazir. Simpan duit untuk masa sesak, masa kecemasan.

Tapi tak ada nya dia nak dengar, alih-alih jadi gaduh pulak. Lagi satu hal, anak kami pun masih kecik lagi. Menangis budak-budak nak mainan tu.

Dah dia tunjuk depan diaorang. Mesti la dia orang nak. Baru ni anak kedua kami demam. Masa dah ok sikit dia tanya abah dia, boleh tak arif nak pegang jap lori kuning tu. Sekejap ja.

Merayu-rayu budak tu kat abah dia. Dia terus jawab eh tak boleh. Nanti rosak ke apa ke. Mahal abah beli ni. Anak aku masih lagi merayu, sekejap ja. Arif pegang lepas tu bagi balik.

Dia tetap kata tak boleh. Langsung tak kesian kat anak. Terus down muka anak aku, macam nak menangis dah.

Sebagai ibu aku rasa kesian sangat dekat anak. Bab mainan pun dia berkira gila kat anak. Kat anak dia beli mainan kedai 2 ringgit ja.

Dia kata budak main cepat rosak, buang duit beli mahal-mahal. Baik beli yang murah. Kalau rosak pun tak sakit hati.

Hari tu aku belikan hadiah birthday anak mainan yang mahal jugak la. Terus dia bising kat aku kata bazir la apa la.

Aku persoal balik la, yang dia buat tu tak bazir ke. Dia kata dia lain. Dia simpan, jaga baik-baik.

Budak-budak tak pandai main, kejap ja jahanam dia kata. Padahal anak-anak kami cermat ja main. Tak de pun jahanam.

Semalam dia beli robot apa benda tah la. Lap berjuta kali macam harta karun sebelum simpan dalam almari dia.

Menyampah aku tengok dia. Macam orang gila pun ada. Kalau aku tegur apa-apa, dia kata aku dengki dengan dia.

Kadang-kadang datang sakit hati bila anak menangis nak mainan tu, aku rasa macam nak campak-campak ja semua barang dia tu.

Suruh sembunyi-sembunyi jangan bagi anak nampak pun dia tak nak dengar. Dia buat suka hati dia ja la. Mana peduli nasihat aku.

Dia kata lama-lama anak akan faham sendiri, ni barang abah tak boleh sentuh. Tapi aku kesian kat anak, diaorang kan budak lagi.

Mesti keinginan nak pegang tu ada. Tapi pegang pun dia tak nak bagi apa tah lagi main.

Sejak akhir akhir ni, malam sebelum tidur dia akan kira mainan dia cukup ke tak sambil sengeh-sengeh macam kerang busuk.

Agaknya risau aku ambik buang kot. Kan kadang-kadang aku sengaja cakap aku nak buang. Sebab sebelum ni tak pulak dia kira.

Sekarang ni dah siap mangga almari tu. Punya risau kat mainan dia. Aku memang perhati ja perangai dia ni.

Aku tanya dia, nanti masuk kubur bawak tak mainan-mainan tu. Dia kata eh mesti la bawa. Abang dah order lori jenazah besar untuk bawak mainan-mainan ni. So sayang jangan risau ok, 1 pun abang tak akan tinggal.

Bongok betul. Menyampah aku dengan dia ni. Aku balas bagus la. Nanti mainan tu boleh tolong jawab soalan kubur untuk awak.

Dia sengeh-sengeh ja tanpa rasa bersalah. Aku kata, awak ni sah dah giIa. Wire mesti short mana-mana.

Cepatlah tukar nama semua harta awak tu. Nanti awak dah full mereng susah saya nak tuntut.

Puas hati dapat sakitkan hati dia. Mungkin ada yang fikir kenapa aku tak senyap-senyap ambik bagi anak main masa dia takde.

Aku tak akan buat macam tu, sebab aku masih hormat dia. Lagipun aku bukan jenis suka ceroboh privacy orang.

Anak pun aku ajar kena hormat kalau abah tak suka orang sentuh barang-barang dia. Kita tak boleh ambil barang orang tanpa keizinan orang tu. Sebab tu bukan milik kita walaupun satu keluarga.

Mujur la anak-anak aku ni mudah mendengar kata. Menangis pun kejap ja. Kira senang pujuk la. Kalau diorang jenis tantrum, aku rasa aku dah lama jadi hantu kot.

Setakat ni aku masih sabar dengan hobi mahal suami aku ni sebab belanja rumah yang part dia takat ni tak de masalah.

Yang selalu masalah tu nafkah aku ja. Tu pun sebab delay atau dia bagi kurang. Tapi sebelum delay dia bagitau siap-siap ada mainan baru dia nak beli.

Nanti dia topap balik duit yang kurang tu. Tapi sebab belanja-belanja lain terutamanya part anak dia tak main-main, so aku tutup mata ja hal tu. Lagipun next month dia ganti balik.

Kadang-kadang pinjam duit aku pun ada. Kita bebel pun takdenya dia nak dengar. Kadang-kadang aku bagi jugak la.

Sebab selagi tak bagi selagi tu dia buat drama yang sama setiap hari. Kalau korang nak tau ni, ni ayat sedih dia.

Masa kecil tak pernah dapat beli mainan

Abang dulu orang miskin. Kawan-kawan ada mainan hebat-hebat, abang cuma mampu pandang ja. Sekarang baru nak merasa pegang. Tolong la kasihani abang. Bla bla bla lagi la.

Choi betul ayat dia. Aku bagi sebab malas nak layan drama dia lama-lama. Sebab nanti malam-malam dia buat drama lain pulak selagi tak dapat.

Tapi pernah ja aku demand, kalau aku bagi pinjam, dia kena bagi anak main kejap mainan tu.

Tak sangka weh, dia lagi rela tak beli kalau kena bagi anak main. Terus sakit hati aku. Lepas tu mula la sambung drama sedih dia lagi.

Kata aku ni tak support dia la. Siap compare pulak, laki-laki lain kat luar siap memancing la berjudi la, tapi dia tak macam tu la.

Aku kata orang memancing kurang-kurang bawak balik ikan, ada manfaat untuk keluarga. Awak tu beli mainan apa manfaatnya.

Dia kata tu kan hobi abang. Apa salahnya. Abang kecik-kecik bukan hidup senang macam sayang.

Eh panjang cerita la mamat ni sambil buat muka simpati dia. Alih-alih aku terpaksa bagi jugak. Sebab malas nak gaduh, malas nak hadap drama dia.

Aku sebenarnya tak kisah kalau dia bagi anak main. Tapi sebab dia tak mau bagi. Aku kadang-kadang stress jugak bila anak suka menangis untuk hal yang sama.

Dia bukan nak pujuk anak ke apa ke. Semua dia lepas kat aku je. Aku ni bab anak memang lemah sikit. Sebab tu aku sakit hati dengan dia, dengan hobi dia.

Harap la dia ni cepat-cepat membesar dari zaman kanak-kanak dia. Anak pulak macam makin matang dari dia sekarang ni.

Baca juga: “Aku rasa macam neraka di rumah sendiri, mak cop aku anak derhaka sebab perli kakak dengan abang ipar menumpang”