Si suami sanggup menceraikan isteri yang sarat mengandung kerana ‘penyondol’ bahkan si isteri itu pula diberi masa selama seminggu untuk mencari bilik sewa yang lain.
Sementara itu si suami pula dikatakan bermalam di rumah peremouan lain yang dikenali sebagai Linda.
Kejadian itu menjadi Tular di TikTok yang mana sebuah video memaparkan tangkapan skrin (screeshot) perbualan pasangan suami isteri yang sedang mengalami keretakan rumah tangga.
Menerusi hantaran itu, si suami terbabit telah melafazkan cerai talak satu terhadap isteri yang sedang sarat mengandung.
Tanpa rasa simpati, si suami memberikan tempoh masa seminggu untuk isteri mencari tempat tinggal baharu.
Kata lelaki itu, dia akan tumpang ‘tidur’ dengan Linda yang dipercayai adalah orang ketiga.
Aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku bagi kau tempoh seminggu saja tau, cari rumah atau bilik sewa lain.
Sementara ini, kau duduk la situ dulu.
Dalam pada itu, si isteri yang sudah remuk hati sempat mengucapkan terima kasih kepada suami kerana tergamak menceraikan demi ‘penyondol’.
Dengan keadaan saya tengah sarat ini, saya nak pergi mana? Awak pun tahu saya tak ada sesiapa. Sampai hati buat saya macam ini.
Sebabkan dia (orang ketiga) awak sanggup ceraikan saya. Terima kasih banyak awak.
Baca juga: Pemancing kongsi detik cemas rakam anakonda gergasi lintas sampan